Thursday, February 16, 2012

Mencari Teman Hidup



Sebenar'y mmg bukan mudah utk memilih teman. Jika terburu-buru, nanti tersalah pilih. Jika terlalu lama, akhir'y terlalu lambat. Ada beberapa panduan yg boleh dikongsi bersama :


1. Sebelum anda kenali org lain, kenali diri sendiri. Lihat asal-usul diri, tahap pendidikan, kerjaya, kuasa wang, kebijaksaan, penampilan, sifat2 baik dan buruk mahupun komitmen dalam memberi perhubungan.


2. Tanya kpd diri anda mengapa anda mahu berkawin. Adakah tujuan kerana ingin kehidupan yg indah sebagai  suami isteri, status kehidupan, paksaan ibu bapa, faktor kewangan, dari segi usia yg semakin meningkat, mahukan kepuasan seks secara halal, sebagai perubahan dalam hidup atau mungkin inginkan zuriat.


3. Niatkan utk dpt jodoh setiap kali memulakan langkah. Semoga perjalanan anda didekatkan dgn org yg ditakdirkan utk anda. Sekurang2'y deria pencarian jodoh lebih peka dan terbuka utk mengenali siapa antara org di hadapan'y itu sesuai utk menjadi lebih rapat. Niat merupakan sebahagian doa.


4. Anda perlu tahu kepentingan hidup dlm berumah tangga. Anda perlu bersedia utk memikul tanggungjawab besar sebagai suami dan isteri. Oleh itu, lihatlah keupayaan dan kelemahan diri sendiri sebelum menerima org lain. Jika anda mendapati ada kekurangan dlm diri, maka anda harus mengambil inisiatif utk meningkatkan jati diri utk menjadi org yg terbaik.


5. Utk memilih teman yg serasi bersama, anda perlu ramai kenalan. Perhubungan bermula sebagai kwn bertukar menjadi pasangan apabila ada kesamaan. Oleh itu, giatkan diri anda dlm menyertai aktiviti berpersatuan atau kelab. Menyertai aktiviti sosial boleh meningkatkan keyakinan diri utk bertemu dgn masyarakat luar di samping mendpt pendedahan diri dgn lbh luas. Mungkin dlm diam, ada org lain pula jatuh hati kpd anda dan ajak keluar bersama terlebih dahulu.


6. Anda merisik melalui rakan2 anda yg tahu tentang seseorang sesuai dgn anda. Minta nombor hubungan atau aturkan janji temu. Tetapi jgn terlalu berharap calon yg ingin ditemui itu seorang yg sempurna.


7. Pada awal perkenalan, bina hubungan sebagai seorang kawan. Apabila berpeluang utk bertemu antara dua mata, kenalilah diri'y dari segi keserasian, persamaan, keperibadian, kelemahan dan kekurangan.


8. Adakan tempat pertemuan yg selamat seperti tempat awam atau biasa anda berada. Elakkan ke tempat2 yg boleh memerangkap diri anda seperti hotel, kelab mlm atau tempat yg bukan biasa utk anda.


9. Bg wanita utk mengenali lelaki seperti mengambil risiko dr segi keselamatan diri. Oleh itu, sikap berwaspada perlu ada. Jika hendak keluar bersama, pastikan anda pandu kereta sendiri atau tahu bagaimana mengambil pengangkutan awam. Jgn lupa bawa duit secukup'y utk kos perjalanan pergi dan balik, makan minum dan berbelanja tanpa mengharapkan org yg baru dikenali. Jika ingin memesan makan, biar anda sendiri yg mengambil'y.


10. Perhatikan gerak-geri dan tutur bahasa yg boleh membayangkan akhlak'y. Tp mungkin ada yg bersikap hipokrit pd awal perkenalan. Tetapi anda boleh mencungkil pengalaman diri'y ketika zaman kanak2, latar belakang keluarga, tahap pendididkan dan hobi. Tetapi elakkan soalan yg terlalu mendesak sehingga membuatka diri'y berasa tidak selesa.


11. Lihat dr segi kematangan seseorang itu melalui cara memberikan pandangan dan tingkah laku'y dlm menghadapi situasi. Kematangan itu penting agar dia tidak jd pak turut utk mengikut segala kehendak anda sehingga kelihatan tiada pegangan hidup. Anda juga harus ingat mungkin sebelum khawin ada yg tunjuk baik seperti pijak semut tak mati tetapi anda boleh risik melalui rakan2'y dan keluarga yg mengenali'y. 


12. Cara berkomunikasi itu penting dlm soal memikat seseorang. Tanpa kata2, ia boleh disampaikan melalui cara lain seperti surat dan hadiah. Sebenar'y lelaki mahupun wanita sama sahaja cara memikat. Tetapi anda perlu lihat sikap org yg ingin dipikat. Mungkin dia lebih suka bersikap terus-terang drpd cakap seperti berada di awang2an dan tidak berpijak di bumi yg nyata. Jgn fikir jika anda terlalu pandai "mengayat", itu sudah mencukupi utk dikatakan seorang yg cukup romantis.


13. Sekira'y anda ingin mendapatkan teman hidup yg hebat, anda juga perlu hebat. Jika tidak, bagaimana ingin berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Perlu ada sekufu. Bina kekuatan diri dari segi faktor kewangan, penampilan diri, status dan kerjaya. 


14. Usahakan dpt nombor, alamat, e-mel atau apa2 sahaja utk hubungi si dia. Tunjukkan komitmen anda terhadap'y dgn selalu menghubungi. Kongsi cerita2 dan pengalaman menarik mahupun dlm mengingati hari penting diri'y. Ia akan membuatkan si dia rasa dihargai.


15. Jika 1001 kali usaha anda, tetapi perkara penting sebagai org Islam ialah sembahyang istikharah iaitu memohon kepada Allah SWT utk mendapatkan petunjuk dan mendapatkan jodoh yg baik. Ciri2 calon pasangan yg baik dilihat dr segi keturunan, kecantikan, kekayaan dan keagamaan.


Renung2kanlah ye...
Huhu...


No comments:

Post a Comment