Sunday, July 22, 2012


9 Sebab Mengapakah Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Perhubungan yang dibina pada awal perkenalan sangat indah dan bahagia. Terasa seperti dunia ini kita yang punya. Segala aktiviti yang dilakukan bersama terasa begitu baru kerana hubungan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Namun lama-kelamaan tidak mustahil hubungan yang dibina akan ditimpa permasalahan serta halangan yang ditibulkan oleh mana-mana pihak.

Dalam hal ini, tidak semua pasangan mampu mempertahankan hubungan percintaan mereka dengan sabar, bertolak-ansur serta penuh rasa percaya. Sesetengah perhubunga akan terus dileraikan apabila timbul sebarang masalah. Mari kita mengenali punca-punca hubungan tidak mampu bertahan dengan baik. 

1. Menipu

Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan. Menipu juga boleh mengakibatkan si dia tidak akan mempercayai kita langsung. 

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat. 

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus. 

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, cuba tahan diri daripada mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan. Benda yang lepas, biarlah. ia sudah berlalu, semua itu hanya kisah silam. Apa yang yang penting sekarang, ia merupakan episod cinta anda dan si dia. Janganlah hancurkan hubungan kalian hanya kerana seseorang di masa lalu si dia. 

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan. 

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri.Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka. Dalam hal seperti ini, kita seharusnya belajar untuk menerima diri pasanagan kita dengan seadanya. Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna. Jikalau si dia dapat menerima kekurangan serta kelemahan diri anda, kenapa tidak anda? 

7. Hal-Hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama. Anda seharusnya lebih mengambil berat serta mengetahui akan perkara yang tidak disukai oleh pasangan dan sebaliknya. Sikap prihatin anda sekaligus membuatkan pasangan semakin jatuh hati terhadap anda. 

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik. Sekalipun pasangan anda merupakan seorang pendengar yang setia dan sanggup melakukan apa sahaj untuk anda, janganlah anda menyusahkan pasangan dengan masalah anda. Adakalanya anda perlu menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa mengharapkan bantuan si dia. 

9. Kawan-Kawan Dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda. Apabila melibatkan keluarga, kawan-kawan dan si dia, sememangnya amat sukar untuk kita membuat pilihan. Apapun, kita harus memikirkannya dengan teliti dari segala aspek dan berusaha menyelesaikannya dengan memilih jalan yang terbaik. Keputusan di tangan anda. Walau apapun, sebagai seseorang yang bertanggungjawab anda perlulah menjaga hubungan anda tetapi jangan lupa pula tanggungjawab kepada kehidupan dan keluarga anda. Jangan abaikan mereka kerana hubungan cinta anda kerana sekiranya anda berada di dalam kesusahan tidak semestinya pasangan anda dapat membantu anda 100% tetapi keluarga yang boleh membantu anda dengan sebaik mungkin.




Ingatlah... 
Kadang2 kita tak sedar yg percakapan @ tingkah laku kita boleh menyebabkan orang yg kita sayang sakit hati & kecewa.

No comments:

Post a Comment