Monday, July 23, 2012

Salam Sayang.

Hai...
Apa khabar semua di bulan ramadan nie???
Hope semua sihat2 belaka. 
Huhu...
Bulan2 puasa nie eloklah kalau kita perbanyakkn amal ibadat & pahala.
Senang je kalau nk dpt byk pahala.
Senyum la byk2.
Senyum 2 kn sedekah.
K la, aku nk kongsi sedikit ilmu berkaitan dgn senyum.
Jom layan...



Manfaat Tersenyum Bagi Kesihatan

Sudahkah anda tersenyum? Mungkin anda tidak sedar bahawa sebuah senyuman memiliki manfaat penting bagi kesehatan. Walaupun hal simple namun sangat bermanfaat. Berikut info-mini akan membahas tentang 10 manfaat tersenyum bagi kesehatan.




1. Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemburu, membuat orang menjauh dari kita, tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka tertarik.

2. Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cobalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.

3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.

4. Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.

5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.


Comelkan??? Huhu... Baby pn pandai senyum. Sweet je. :-)


6. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.

7. Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa studi telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang ubat yang alami.

8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang beda, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.

9. Senyum membuat anda tampak sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.

10. Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Sulitkan? Kerana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan signal ke tubuh anda bahawa “hidup anda saat ini baik-baik saja”.


Maka jauhkan diri anda dari depresi, stres dan rasa khawatir dengan satu kata iaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi karena dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai shadaqah. Sudahkan anda tersenyum hari ini?

Jangan lupa senyum ye.

Da~

No comments:

Post a Comment