Pencarian Cinta
Assalamualaikum
Sedar x sedar...
Kita sudah menghampiri pengakhiran bulan ramadan. Lepas nie bulan syawal menjelma.
10 malam terakhir bulan ramadan...
Alhamdulillah...
Aku dpt menjalani ibadat puasa tahun nie bersama keluarga tercinta. Sebulan bersahur & berbuka bersama dgn mama & abah. Sudah lama aku x dpt menikmati saat yg indah nie.
Ok lah...
Aku just nk kongsi sedikit maklumat bersama dgn korang semua. Hasil pembacaan aku yg x seberapa nie. Huhu...
Jom layan...
Khas utk diri sendiri & kwn2 & teman2 tersayang...
Keistimewaan Al-Quran Dan Malam Lailatulqadar
Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas.
Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam
Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya
wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.
Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi
satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi
lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.
Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu
besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran
mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan
daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum
dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada
Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada
amalan mereka.
Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah
SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan
menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.
Rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan
ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya.
InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment